29 December 2011

KD : Heartstring

assalamualaikum wbt.

hai! me again updating my blog late at night. HOHO. korang semua sihat? hmm, aku sejak akhir-akhir ni asyik sakit perut je..dah lebih kurang 3 hari kot..aku rasa macam dah tak larat..asyik sapu minyak je..bilik diselubungi dengan bau minyak yu yee cap limau! rasa macam baby pulak kan! ;)

I wonder what's wrong with my cute tummy. Is there anything wrong dear tummy? Are you alright? Jangan laa selalu sakit je. Nanti susah kita nak pergi kelas semua. Sebab kita tak larat and asyik kena rehat je. But, i hope that there's nothing strange. As I always get stomachache, either it's mild or severe, I'll try not to forget to say "Alhamdulillah". Cuz, my teacher once said, "Bila kita sakit, kalau kita ucapkan Alhamdulillah, akan ada malaikat yang menjaga kita" ;)

Eh, let's get on track! Tonight, i suppose to share with you  a drama (korean), which I just finished. Really, not while ago! HAHA. Tajuk dye is Heartstring. Best kot! Maybe cerita ni kena dengan jiwa aku, and one more pelakon dye sama dengan drama You're Beautiful! Yonghwa & Park Shin Hye! Kalau dulu dalam You're Beautiful dorang tak dapat bersama, tapi dalam Heartstring, dorang together! XD



Seriously, sweet gila cerita ni! Aku percaya, mana-mana girls yang tengok cerita ni, would want a guy like Lee Sin (Yonghwa)! Cuz he is extremely sweet, protective! I think i accidentally fall in love with Lee Sin. HAHA. Geli mak jahhhh! Seriously, girls would die to get a guy like him! Gila over gila kau! Over kan aku? Tu nak gambarkan betapa sweetnya Lee Sin. *melt*

Ni lagu yang paling aku suka dalam cerita ni. Ada dua. Kalau korang tengok lirik dye betul-betul, sweet gila! Lagi tambah jatuh cinta dekat Lee Sin! Sebab dye yang nyanyi! HEHE.





Ahh, perut aku dah buat hal balik. I cant stand straight. Kena baring macam udang. Baru kurang sakit. Aku chow cincau dulu.

Wassalam.

27 December 2011

Ujian itu tanda kasihnya Allah kepada hambaNya~

assalamualaikum.

dah lama nampaknya aku tak conteng-conteng kat sini. Banyak sangat benda yang terjadi sejak akhir-akhir ni till i dont have time to update it here. No no! Aku nak share sangat but i just feel that belum tiba masanya. Rasa tak layak nak berkongsi dengan korang semua. Lebih baik kita berkongsi dengan Dia kan? ;)

Dua minggu lepas, result aku keluar and as what i expected. I called my mum. Ofcourse as a parent, dorang risau sangat. But, they never scold me though. Aku taw dorang paham and taknak stress kan aku. Time tu aku taktau nak bagitau siapa. Aku sedih, rasa nak nangis. Tapi aku taktau aku nak mengadu and luahkan dekat siapa cuz everyone seems busy with their own life. So, i just keep it in myself eventhough aku nak sangat luahkan kat orang. But once, my dad said to my aunt (perihal anak-anak mereka), kalau bukan kita yang nak support dorang, siapa lagi? walau dorang gagal macam mana sekalipun, jangan marah dorang and lunturkan semangat dorang lagi. Kita sebagai mak bapak kena la bagi dorang semangat lebih lagi.
Aku pun cuba reflect dengan apa yang berlaku dalam family aku. Betul la. Baru aku sedar, selama ni, dorang takde pun marah kalau aku dapat teruk. Cuma selalu pesan suruh aku belajar kuat sikit. That's why i love my mama and ayah so muchhh! They care for us, more than themselves.

And lebih kurang 2 minggu yang lepas jugak, i stayed in ward for 2 weekends. HAHA. aku tak sakit okay, tapi saja cari penyakit. Actually, aku join BE study, under pharmacology department. Truthfully, it was great time ever, when u got to know new friends yang memang lg tua daripada korang. Eh, not so tua la. But just nice untuk siapa-siapa yang nak carik jodoh untuk umur macam kita-kita ni. Hue3. And one more, abang yang amek Master yang buat research ni, sangat-sangat baik. Dia macam terlebih jaga aku pulaks. Setiap kali aku nak amek darah, dia mesti ada dekat depan aku and tunggu. Kalau nak amek BP pun sama. Dia terus amek form aku, walaupun aku nak pergi buat dengan akak lagi satu tu. HEHE. Bak kata Mira, aku ni subjek kesayangan. HAHA.
But the worse part is the NURSE! Aku rasa dorang-dorang ni anti-medical students la! Sebab when the doctor told them that we are medical students, dorang nampak weird sangat. And then, when the other nurses datang, dorang bagitau nurses tu pasal kitorang. But, hey! What's wrong with us? Dah laa time aku nak amek darah tu, dye ikot suka-suka je nak pusing jarum sana-sini. Hello! We are humans okay! If you're not a human, then fine! But we are! Don't fool us with your foolish act. Kitorang taw kitorang taktau pape sangat pasal clinical. But hello! We are just 2nd year okay! Masuk ward pun kadang-kadang je. Kalau ikot hati aku la, nak aje aku jerit kat makcik-makcik tu. But, sabar tu separuh daripada iman kan. So, aku sabar je.
Yang paling best, aku dah tawu macam mana nak amek darah orang. Technically. Tapi practically, aku taktau la. Kena try la gamaknya. HEHE.

And lately, tidur aku tak menentu. Kalau aku tidur lewat tu, mula la macam-macam bunyi ada. Pernah satu malam tu, macam-macam bunyi aku dengar. Tapi aku buat taktau je. And one more, sebab recently, ramai member aku yang kena tindih. And i thought the other room je yang ada. Tapi bila member aku tidur kat bilik aku pun dye kena. Alhamdulillah, setakat ni aku dengan rumet aku okay-okay je. Mintak dijauhkan la benda-benda yang tak elok kan.

Now, i think i had acute diarrhoea. Boleh ke consider sebagai acute? Sebab baru sehari. Tapi dah banyak kali aku ulang-alik toilet. Though it can be considered as acute, but it's very hard for me. Tak selesa aku nak pergi kelas. I even had to skip my practical lab this afternoon. Sakit woooo! Actually, aku memang kerap sakit-sakit perut macam ni. Memang mostly pagi-pagi la till i don't have any courage to attend classes. Macam morning sickness pulak kan? HAHA. And fyi, aku pun selalu pening-pening time pagi especially kalau balik kolej time pagi-pagi buta. Aku rasa aku ni mabuk lah naik kereta pagi-pagi. HAHA.

There's a lot that i wanna share here. But, i guess, i should put a stop. Tak semua cerita yang aku boleh cerita dalam blog ni. BAHAYA! So, keep the rest in your heart, mid and soul je la. HEHE. Before aku stop, aku nak hadiahkan sepotong ayat Al-Quran :


FirmanNya dalam surah Al Baqarah ayat 286:


لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَ عَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ


“Allah tidak akan membebani seseorang itu kecuali sesuai dengan kemampuannya. Ia akan mendapat pahala (dari kebaikan) yang telah dilakukannya dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang telah dikerjakannya”



Wassalam.

09 December 2011

KD : Protect the boss

assalamualaikum, hi!
anyeonghaseyo!

wahhh..start-start dah cakap korea kan. HEHE. Saja buang tebiat. Lagipun, ada kena-mengena dengan apa yang aku nak story-mory ni. KD aka Korean Drama. Tajuk drama ni Protect the boss. Tu la yang aku nak cakap. But for those yang tak layan KD, tak nak baca pun takpe..^^

I just wanna deliver my thought, feeling and opinion about this drama. One word, AWESOME!


Mula-mula aku taknak tengok drama ni. Tapi bila aku tengok member aku gelak sakan tengok drama ni, aku pun terus mintak nak copy. Time tu aku tengah berendam air mata tengok 49days, dia pulak tengok gelak sakan kan. Mau tak bengang aku. Mengganggu feeling aku je time tu. HEHE.

So, bila aku dah start tengok, memang serious kelakar. In fact, bukan senang aku nak gelak tengok drama, baca novel, komik etc. Nak nangis senang la. HAHA. Jangan tanya aku kenapa. Tapi orang tua-tua selalu cakap kalau bulu mata dia melentik, senang nangis. Tapi aku nangis untuk benda yang worth it je ok.

So, bila awal-awal dah best, aku pun tengok laaa sampai habis. Best giloss! Dah lama tak gelak-gelak macam ni. At least, i can forget the mess inside my head, even just for awhile. Tapi bila dah sampai klimaks tu, biasa laa kompom-kompom sedih. HAHA. Aku pun termenangis sikit kot. Entah la, maybe aku letakkan diri aku sebagai perempuan tu kot. Dia tunggu that guy for about 3months plus tapi that guy langsung tak contact dia. Then, bila dia dah decide taknak tunggu, that guy datang balik. Memang puiii. But what to do meh? Nama pun drama. Hero will always be with the heroin. Memang banyak sangat drama!

Kenapa aku terlebih feel bila tengok KDs like 49days and Protect the boss ni, maybe sebab i put myself as the actress in those dramas. HAHA. So, memang menjiwai watak habis. Tu agaknya yang terlebih-lebih feeling tu. Ni la akibatnya daripada meletakkan diri ke dalam watak tu. So, conclusionnya, lepas ni jangan letakkan diri dalam any character lagi.

Haha..aku nak update right after finished watching it yesterday. Tapi aku penat cycling semalam. HEHE. So, till here then, aku nak rest. Before i end my mumbling, aku nak tunjuk lagu drama ni yang aku suka. Wassalam.

07 December 2011

Bukit Cinta~

assalamualaikum semua!

hai! hari ni aku nak cerita pasal semalam. Kalau boleh, semalam jugak aku nak update tapi tak larat la. Hehe. I feel so good and greatttt today! Cuz i managed to get enough and sound sleep last night. Lega sebab dah lama aku tak dapat tidur yang macam ni. Yes, as i told you before in my previous entry that i had insomnia recently.

Maybe sebab aku terlalu-lalu letih sangat kot. Erk. Semalam aku berjaya buat satu round bukit cinta. Kira memang satu round UM kot. Lalu semua kolej. Err..yeke? Haha..takpe laa..i still consider sebagai round satu UM ni sebab penat gila. Tapi best sebab sejuk je bila dah sampai dekat bukit cinta.

Ini bukit bukan sebarang bukit. UM je yang ada. So, mai jadi student UM. Nanti hari-hari boleh marathon kat sana. HAHA. Seronok! Banyak berpeluh and tetiba rasa aku dah fit. Okay, tu memang sangat menipu. HAHA. Dulu aku selalu pergi naik motor ngan member aku. I never thought of go there by jogging. Awesome! Proud to be zaty yesterday! ^^

And after that, tak larat nak jalan balek kolej. So, we took a taxi. Nah, before that, ktorang pergi makan dulu dekat 12th sebab memang dah tak sempat nak balek makan dekat kolej. Tapi aku tak makan okay. Aku cuma minum je. Diet ke? Oh, tak. Sebab aku dalam musim tak selera nak makan. So, yang sedap pun jadi nampak tak sedap. Hihi.

Aku rasa, buat masa sekarang ni aku akan selalu update blog aku kot. Sebab aku banyak sangat free time! Ni la bestnye jadi budak medic. Orang kadang-kadang baru balik kelas, kitorang dah boleh habis marathon movie. Hehe. Plus, boring gila. Dunno what to do. So, i will always update. Wee~

Aku nak sambung tengok movie ni.
Wassalam.

06 December 2011

i.n.s.o.m.n.i.a

assalamualaikum and hi people!

Recently, aku mengalami insomnia lah. Korang taw insomnia tu apa? Mostly mesti dah taw kan. It's very common. But for those yang taktau, let me google it for you.



Insomnia is a disorder that can make it hard to fall asleep, hard to stay asleep, or both. With insomnia, you usually awaken feeling unrefreshed, which takes a toll on your ability to function during the day. Insomnia can sap not only your energy level and mood but also your health, work performance and quality of life.
(www.mayoclinic.com)

haaaaa..nih aku dah carikan definition of insomnia tu. So, by right kira korang dah faham la kan? Hihi..According to the website, selalunya orang yang insomnia will take 30minutes and more to fall asleep. Tapi aku? Memang confirm-confirm la lebih daripada 30minutes kan. Sometimes, i even need 2hours to fall asleep.

Ini tak seronok okay. Walaupun aku dah ready nak tidur awal, but still akan tidur lambat jugak. Nanti terkebil-kebil la sorang-sorang dalam gelap sebab semua dah tidur. Huhu. Aku dah kena insomnia ni since after final hari tu. See, dah berapa banyak minggu? Aku penat la macam ni.

Kalau dekat rumah, takpe. Aku tak la takut sangat. Ni kalau kat kolej, macam-macam bunyi ada. Pulaknya dah pukul 2-3pagi kan. Mesti la otak aku ni dah mula fikir yang bukan-bukan. Lepas tu jenuh laa aku paksa tidur dengan pejam mata.

What should i do? I really need a full and quality rest, in which i can only get it during bed time. Tapi kalau dah macam ni gayanya, attention pun boleh terganggu.

Till here people. Need lotsaaa rest.
Wassalam.

sweet 20s NORIFFHAN AKMAL!

Pada suatu petang yang mendung, ipan bertanya kepada papanya.......

hari ni hari apa? ISNIN!


hari ni hari apa? ISNIN!


hari ni hari apa? HARI JADI ADIK!


hahahahaha..jangan marah eh ipan? aku main-main je..tetibe rasa macam nak buat dialog macam meslira pulaks..hihi..eh, terlupa pulak..assalamualaikum..^^

well, today is your birthday..the date you were born 20 years ago..i'd like to wish you, HAPPY BIRTHDAY dear friend! Since kau dah pun join ktorg yang dah masuk alam twenties ni, be matured lah ek..eh, aku ni mature sangat ke nak suruh si ipan ni mature sekali? hehe..takpe-takpe..untuk mature-mature ni, kau ikut jejak langkah meslira lah ek..sebab keen pun tak berapa nak mature jugaaaa..mira je yang mampu sekarang..HEHE


eh, this one I copied from ipan's post on fb.....

20 years back I was in my mom's womb, trying to get out.
After all the pain that my mom had gone through, with Allah's will, I am born healthily to this very beautiful world.

Alhamdullilah, Allah still give me the chance to live and breathe in His world until today.
Thanks to my parents that have brought me up perfectly. 
My siblings, my friends and all of those who had been with me all along! Thank you so much! :))

Hopefully this coming year as a 20-year-old girl will be better & full of blessings~ Aminn.





ahhaaaaa..ni la speech birthday girl! papepun, wish your dreams come trueeeeee! semoga cita-cita and cinta anda tercapai..hehe..


anywayyyyy, sorry for the surprise..and aku dah termain kan kau ke sepanjang hari ni..haha..enjoy your birthday with AARON AZIZ! 

29 November 2011

ombak rindu~

assalamualaikum and hai!

dah lama aku tak update kan. Maklumlah aku tengah menghabiskan cuti sem aku yang cuma 5 HARI je tu dengan sehabis-habisnya. Tak-tak. Tak dapat nak enjoy sangat pun sebab aku kena demam panas. So, I spent my whole holiday by lying on the sofa. HEHE.

oh, ya! ni aku nak cakap pasal filem Ombak Rindu yang akan ditayangkan pada khamis ni which is 1 december 2011. Perfect date huh for a perfect sad story! HAHA. Actually, cerita ni berasal daripada novel. and Tadaaaaaaaa! ni la novel dye. Senarnye, novel ni ada banyak siri. But i only managed to read the first one only. Sebab tak larat nak baca yang next-next sebab banyak sangat masalah. HEHE.


kalau tengok dari trailer, aku macam suka cerita ni. Tapi tu laa..macam yang aku cakap banyak gila masalah yang timbul. Tak dan laa aku nak habiskan kesemua siri-siri dye tu. Tapi okay la. So, Tadaaaaaaa! ni lah trailer dye. Nasib baek laa Aaron Aziz berlakon. HIHI.

haaa..kan ada banyak sedih-sedih? aku ni kalau baca/tengok cerita sedih-sedih ni tak minat la. Malas nak layan perasaan. Sebab aku tanak life camtu. But, wait! Siapa pun yang nak kan? LOL LOL LOL zaty!

and one more about the original soundtrack of this film. Haa..sekali aku dengar kan, nak taw apa impression aku? Pehhhhh..slow gila lagu ni..mengantuk aku dengar. Haaa..bila kali kedua aku dengar pulak time dekat rumah..and aku terus kata, sedap jugak lagu ni..kalau dengar lirik dia betul-betul baru paham signficance dye dengan cerita tu..slow and sedih. Haaaa..bila dah kali ketiga dengar, aku pun terus suruh adik aku download. HEHE. So, here is the OST for Ombak Rindu.


that's all people.
thanx for reading.
wassalam.

23 November 2011

time to relaxxxx..A BIT!

assalamualaikum wbt.

hai, tadi aku baru je habis exam. Final kot. Susah macam haremmm je. Kiranya tamatlah sudah 3 hari yang sengsara. But ada satu lagi hari yang sengsara jugak which is the day when the result is out!!! Memang banyak aku tak boleh jawab. Kalau ada idea tu, aku tulis la jugak walaupun memang tak confident tu jawapan dia. Tapi prinsip aku, lebih baik mencuba daripada tak buat pape. Mana la taw ada sangkut 1-2 markah daripada 18 markah tu. HAHA.

pape pun, benda tu semua dah terjadi. Yang penting aku dah berusaha, Selebihnya, tawakal je laa kat Dia. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Redha redha redha. Tadi time tengah nak tunggu bell ring untuk ke next station, sempat lagi aku terfikir nak makan Seoul Garden And weehoooo..after final tu, zassss pergi sana with ipan and syed..

and one more, minggu depan aku dah start sem baru! sekejap je kan cuti aku? hmm..dah biasa dah..ni laa ranjau kehidupan seorang student medik..but dun worry, still ada life lagi..nak huha huha tu ada je masa..tapi kena cari la..hehe..so, happy holiday UMMBBSers! Enjoy your holiday to the fullest! And start your new semester with a fresh mind and no more thinking about our Part A.


till here than,
wassalam.

07 November 2011

second ward round..

assalamualaikum wbt!

before i proceed to my topic, i would like to say selamat hari raya aidiladha..i know it's kinda bit late..but as takbir raya akan berkumandang for 3 days, so it's not too late kannn..^^

had such a great time with my family..pape pun, family first meh! oh, ya! last saturday, we went to Seoul Garden. My sista yang belanja plus semua ada dekat rumah pulak. Lagi la best makan steamboat dengan the whole family. Jangan jealous you allzzz! :p

let's rewind to last friday. The day when i came home. Tapi bukan aku nak cerita pasal aku nak balik rumah tapi pasal surgical ward round aku. Sepatutnya aku ada 2 lectures pagi tu tapi lebur di tengah jalan sebab aku mengantuk sangat and tak berdaya nak membangkitkan diri ke kelas. Hehe. Aku cuma pergi wardround je.

We went to Cardiothoracix ICU to meet Dr. Siva. Tapi lama giloss kitorang tunggu depan ward tu. Sebab dia tengah ada surgery. Ah, lupa nak btaw. He is a surgeon! Awesomeeee! And dia tengah buat surgery on my english lecturer's sister! Her sister died already when we reached there. So, Dr. Siva need to stitch the bleeding site first before letting them to take her home (if i'm not mistaken laaaaa..)

after have been waiting for some times, finally he came and took us to the meeting room. Dia jalan punya lah laju mak aih! Aku and kawan-kawan aku yang lain terpaksa berlari-lari nak kejar dia. Haha. Tak professional langsung bila dah pakai white coat smart-smart kena lari pulak. Haha.

Dia ajar best gila. He simplified everything. He made me think that being a surgeon is simple and fun! Although in the reality is not as simple as he taught. Hee. After that, he took us to see the patient. The patient has swelling at her neck region. Then, he taught us how to do history taking on that patient. He's so awesomeeee. Dia nampak muda giloss okay. Rasa macam nak tanya berapa lama dia dah jadi surgeon. Hehe. Tapi segan.

That's all.
Wassalam.

04 November 2011

first ward round~

assalamualaikum and hi!

HAHA..hari ni kelas aku pack nak mampus lah..mana taknya dari pukul 8pg sampai laaaaa 9.30 malam..tak pernah-pernah kelas aku macam ni..and one more, direct-mirect pulak tu kan..memang tak dan la nak rehat..

lunch tadi pun dah lambat..lauk dah habis..and aku cuma makan kuah sardin je dengan sayur sikit..tapi sebab lapar punya pasal, kuah pun kuah la..janji ada nasi..haha..well. hari ni memang antara yang terpenat..i finished my class at 9.30 pm but i went back at 11.30 pm..haa..mana aku dah pergi? Mestilah aku pergi dinner! Lapar gilossss..dinner yang sepatutnya dapat pukul 6 dah delay 3 jam..haiyaa..mana lah tahan perut aku ni..

eh, aku dah termengarut dah ni..lari tajuk! okay, forget about the tiring, fatigue and exhausting part..now, lets move on to my main topic which is WARD ROUND laaa..apa lagi..

that was our first ward round..actually, the other lab had 2-3 ward rounds already..but we all ni macam ketinggalan zaman kot..haha..of course not..we are assigned for paediatric's ward..whereby, the doctor of this ward is very busy..and actually, we were late in making appointment..that's why we missed our 2-3 ward rounds..

being in the ward, seeing the patient, greeting the patient's family..seronok taw? buat macam aku rasa yang aku pulak dah jadik doktor..hehe..berangan lah kejap kan..looking at how the doctor approach d paediatric's patient..it's very cute and lembut you know..i wish i could be like her too..the way she talk to the patient's family, say bubye to that kid..so amazingggggg..macam seronok pulak..

aku dah penat laa..nak tunggu turn washing machine lagi..penat penat penat..so, what can i say is that ward round is sooooooooo amazing..we got to learn how to make the physical examination (PE) and history taking..there's a lot u knowwwww..and when she asked us what are you goin to ask your patient when he/she come to see you..it may look simple but yet difficult without practices..

eh, esok aku ada ward round lagi..tapi kali ni tak masuk paeds kot sebab paeds untuk medicine ward round..esok surgical ward round..maybe pergi ICU..i dont know..well, hopefully doctor yang nak ajar lab ktorang nti baek la ye macam dr paeds tadi..:)

wassalam.

24 October 2011

the twenty me!

assalamualaikum wbt.

hello everyone! sorry for my previous post. Takde kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semua tu pasal diri aku je. Kenapa, apa dan bagaimana biarlah aku seorang je yang tahu. Okay okay..forget about those sad silly day! now i'm gonna turn my previous mood (sad) to bright mood! hihi..

last two saturdays was my 20th birthday! Really! Serious! Akak tak main-main adik. Tak sangka dah takde word 'teen' kat belakang tu..but still, i'm a teenager kan. Childish a bit. I'm a girl, not a woman yet! Woohoooo..:)

Family's gift
my mum and dad bought me a cake. Ice-cream choc cake. But what's surprising me is the name written on that cake was TATY..not ZATY like what my mun asked my dad to do. HAHA. Mesti ayah aku nak perli nama glamer aku la tu kan. But anyway, thanxx to mama, ayah, kak ina and lelot..cuma shafiq je takde..



Friends' gifts
On a day before my burfday (Friday), my BFF which are Ian, Keen and Meslira treated me a dinner at Strawberry Field. Kesian dorang cuz have to pay for my meal. HEHE. Thanxx. Dah lama tak pergi keluar 4 orang. :)

On that special day, we went to Bukit Cerakah, i-City and etc. Aku, Mira, Ita, Oh, and GG went out together. It was the best jalan-jalan I ever had. Tak guna banyak duit tapi banyak benda boleh buat. Lepas penat jalan-jalan, we had our dinner at Restoran Ayam Penyet. Before nak makan tu, dorang buat surprise untuk aku. They bought me a cake. HIHI. Thanx kengkawan, Terharu.

Oh, ya! Lupa pulak kat member @ ex-classmate @ jiran rumah aku which is  Muhammad Iylia Islam. Kalau nak taw, dia ni la penyibuk antarabangsa yang pernah aku jumpa. Rumah aku dah macam rumah kedua dia. Pantang ada cuti, mesti nak menyempit dekat rumah aku. Dia hensem taw! Ada mix jepun gitew. So, kalau ada sape-sape berkenan, boleh la aku tolong adjust! LOL..he called me on the day before my birthday. I was startled actually because he's a guy and he bother to wish me. First person. Terharu.

On sunday, Shafiqah (mak) datang bilik buat surprise jugak. Tetbe je masuk-masuk dah nyanyi2 lagu. HAHA. Thanxx mami for that laksa johor.

Last but not least, gift from him. Apa yang dia bagi? Biarlah rahsia. Biarlah aku seorang je yang tahu. HAHA. ^^

SEEEEEEEEE??? Macam mana la aku tak gemuk? Orang asyik nak belanja makan je. Wallaaaaaaa. Memang makin slim pinggang! HAHA. that's all for now. Penat la. Anyway, kejap lagi aku nak lunch dekat Rebung. Jangan jeles yaww..adios!

20 October 2011

. . . . . . . . .



.SEDIH.
.sangat.amat.paling.gila.ter.
.tu je.

10 October 2011

belajar untuk bersyukur!

assalamualaikum wbt..

hi people! aku baru je balik dari rumah tadi..mesti korang semua nak cakap aku ni budak mengada-ngada and manja sebab tiap-tiap minggu mesti nak balik rumah..whatever it is! aku berpegang pada falsafah.."sementara aku masih ada banyak masa and berpeluang untuk balik menjenguk orang tua, aku akan balik"

yelaa..sementara aku masih ada peluang and takde pape tanggungjawab lain, balik lah selalu kan..lagipun rumah je the only place yang aku rasa tenang and boleh rehat tanpa ragu-ragu..tidur tu tak usah cakap laa..aku cuma bangun untuk solat, makan, and buat kerja rumah kalau ada..hihi..

and paling penting aku rasa bersemangat nak study after balik dari rumah! maybe bila dekat rumah my mama will keep nagging me suruh study and belajar rajin-rajin and grad cepat! tadi when i was on my back, ayah aku tarbiyah laa sikit anak-anak dara dia ni! BELAJAR UNTUK BERSYUKUR!

kalau dah rasa diri tu dah tersasar jauh and lupa dekat Tuhan, cuba ingat balek dengan semua kurniaan dia! tak payah nak pergi jauh-jauh..tengok je dekat diri sendiri..kalau lah semua oxygen yang kita guna untuk hidup ni kena bayar, entah macam mana hidup kita kan..berapa oxygen tank pulak yang kita kena beli untuk survive..

lagi 2 benda yang ayah aku duk tekankan tadi..

  • Kepandaian! Allah swt dah bagi korang semua pandai-pandai..dapat kerja bagus and gaji besar..jangan lah lupa dekat Dia..orang lain semua nak jadi pandai and masuk universiti amek course yang bagus-bagus tapi tak dapat! belajar la bersyukur..sembahyang jangan tinggal!
  • Kecantikan. Allah swt tu dah bagi kecantikan kat korang..jangan sia-siakan..jangan nak renovate itu ini, buat rawatan itu ini..bersyukur dengan apa yang kita ada..kalau Dia nak tarik balik kurniaan Dia ni, bila-bila masa je boleh! kena simbah asid ke..haaaaa..
speechless jugak aku! memikirkan banyak kesalahan aku..kelalaian aku..kealpaan aku..syukur sebab ada yang masih care kat aku..ingatkan aku..that's why, family always come first! no doubt..

wassalam..

07 October 2011

stethoscope~

hello everyone!

i just wanted to share a story, my story!
hey, i got my own stet now! it's purple but looks like BLUE~
i had been dreaming of getting my very own stet!
and finally i did!
kalau dulu time kecik-kecik aku selalu beli mainan doktor-doktor..
sebab aku nak sangat guna stet yang ada kat situ..
kalau dulu cuma mainan je yang aku pegang, now it's the real one!
seronok! giler best! lagi best kalau ada yang untuk measure BP tu sekali..
boleh la aku check mama and ayah aku..hihi~

may this stet give u much more spirit to go on in ur medical life!
and i wish that i will graduate on tyme with my other fellow batchmates..
lagi-lagi bila tengok our seniors graduated semalam..:')

so, Dr Izaty! come on! ^^

Mama & Kecantikan!

Assalamualaikum wbt

hi! i'm back again..i just realised that my blog's entry is decreasing by month..lol! Awal-awal je semangat gila nak blogging kan..last-last hampir nak bersawang dah! Faham-faham je lah! Urusan-urusan luar tak membenarkan aku untuk update status aku dekat sini..

okay, back to my topic! Mama & Kecantikan! Nak tahu tak? Sememangnya mama aku and kecantikan memang langsung-langsung tak dapat dipisahkan! Hmm..sebab tu lah anak-anak yang dilahirkan juga sangat comel! Ha, plus mama & ayah aku ni orang kata awet muda..memang tak nampak macam 48 la! hehe..

Kalau nak tahu, dari dulu lagi mama memang selalu jaga muka aku..ha, maybe that's why muka aku jadi macam ni sekarang..(bukan bangga or apa tapi just proud to have a mum like that!)..jangan risau, bukan botox or susuk or cucuk-cucuk!

I remebered long ago, when I was in secondary school, mama selalu akan letak scrub dekat muka aku..memang laa aku bising wey! yela..tetiba mama panggil pergi dapur..ingatkan nak suruh rasa makanan ke apa ke..rupa-rupanya nak tepek scrub kat muka aku.

Scrub yang mama buat ni senang je! Tak payah nak bancuh-bancuh! Natural!


  • Kadang-kadang guna kulit pisang je! Tapi jangan la guna yang luar tu..guna yang bahagian dalam tu..and then sapu or rub dekat kesemua bahagian kulit muka..time mama buat kat aku dulu, menjerit aku sebab tak suka bau pisang! hehe

  • Guna potato pun boleh taw! Tapi kena laa potong potato tu nipis-nipis..and then amek je hirisan potato yang nipis tu and sapu kat muka! biarkan dia kering and tegang..nanti basuhlah..

  • Then, paling senang guna limau la..eh, bukan limau mandarin tu eh..guna limau kasturi! yang ni potong je limau tu jadi dua and sapu je limau yang belah dalam tu kat kulit muka kita..eh, apart from that, limau  ni jugak boleh guna untuk rawat orang yang batuk!

  • Timun pun boleh juga kalau nak guna! the same thing meh..cut the cucumber into thin slices and rub it on your face! Senang je kan! :)
Apa lagi entah? aku cuma ingat tu je..rasa macam ada lagi yang mama selalu buat untuk aku..see, our mama always take care of her daughters' beauty..hihi..and one more, mama sangat pantang kalau nampak aku dok usik jerawat-jerawat kat muka aku nih..hehe..

That's all for now..penat masih tak hilang lagi..wassalam!


05 October 2011

:)

Bila baca rasa kecewa.

Tapi kalau tak baca, nanti tatau pulak.

Entah kenapa tergerak nak buka hari tu.

Rupa-rupanya Dia nak tunjukkan aku sesuatu.

Tergamam. Terkejut. Tak sangka.

Sedih tapi tanak menangis. Simpan dulu air mata tu!

Save the best for the last!

Eh, ke save the last for the best?

Mana-mana je la.

Sekian.

20 September 2011

i'm kinda busy!

assalamualaikum wbt..

heyyyy! setelah lama tak update about my life and all those stuff, rasa rindu pulak! tak sanggup rasanya nak tinggalkan blog lama-lama..hihi..actually, i've been very busy lately..so many things happened! meh sini aku cerita sikit apa yang berlaku yang konon-kononnya aku busy sangat tu kannn..hee~

BIRTHDAY MIMI & PAAN
these two person are my specials! both of them are special! damn special! Mimi is my bestfren, sometimes can be a mother too (jgn mara mimi!) sebab bila aku ada apa-apa masalah, i tend to share with her..everything! and Paan too! Lessthanthree~ birthday dorang selang sehari je..mimi 17 september and paan 19 september..so, happy birthday! super duper sweet 20! korang dah tua u olzz..i je yang stay young macam edward cullen! lol!


LOWYAT-MID VALLEY
haaa..sebenarnya aku pergi lowyat ni sebab teman member aku si ipan tu..nak beli mp3 katanya..last-last after dah tawaf lowyat tu, jumpa laa dengan yang berkenan di hati..after tu, balek naek monorel ke kl sentral..and tanpa sedar, kitorang ternaek kat platform yang salah..so, apa lagi..duduk laa dekat dalam monorel tu sampai laa dia patah balik pergi kl sentral..haha..and then, naik bas pergi mid valley..and then, bukak puasa dekat spaghetti farm! and seperti biasa..kalau pergi mid valley, tak sah kalau tak pergi kaut free cheesecake tu! hihi..mula-mula amek 2-3 potong je..lepas tu terus amek segenggam! lol! and then, pergi makan chunkyloaded kat pizza hut! thanxx to Edi Naja Naja sebab belanja ktorang! hee..


aku ada hal ni..and tak boleh nak meneruskan cerita aku..nanti ada masa, aku sambung lagi..workload makin bertambah! English presentation, DPHS conass, Med conass! banyaknye nak kena cover bah! chow lu!

13 September 2011

oh..orientasi rupanya!

assalamualaikum wbt..

hi! i'm back! dah lama rasanya tak update something dekat sini..sebab keadaan tidak mengizinkan..err..takde laa tak mengizinkan sangattttt pun..cuma takde mood nak berkata-kata dekat sini..hehe..kukuh tak alasan?

so, since sekarang bebudak degree semua dah masuk universiti masing-masing, aku nak wish selamat kembali ke penjara! hehe..yelaaa..tak aci laa kannn..dorang sedapp je cuti lama-lama tapi aku duduk dalam kolej..whoaaa! tak aci..tak aci..so, sekarang kira fair and square lah kan! hee~

 M.O


HAAA..taw tak apa itu M.O?? Medical Officerr!!!! takkk..salah salah! sila cuba lagi!  Milo O? lagi laaa bukan..try again! Mohd Omar? eh, suka-suka aku je petik nama orang..hehe..


M : MEDIC
O : ORIENTATION


haaa..aku bukan nak kutuk ke apa..aku kat sini cuma nak bela nama-nama baik senior medic! sebab one day i will become a senior too..and aku nak ubah perception orang dekat medic time orientation..ishhh..geram bila baca, tengok, lihat, dengar orang suka-suka je nak kutuk kannn..no good meh!


orang kata orientation budak-budak medic ni teruk gila! kununnye lah kan..
ni..meh sini aku nak habaq mai sikit! mana ada teruk! aku tak pernah pun rasa terbuli ke apa dulu! mula-mula memang laa cuak sikit! tapi takde laa sampai tak nak lalu dekat sixth! ingat seniors tu monster ke nak makan korang? deyyyy..menurut kajian aku laaa..aku ada laa buat observation dekat kawan-kawan dari faculty yang sama (medic) cuma lain course..BIOMED, PHARMACY, DENTISTRY! dorang punya lagi dasat wooo kalau nak compare dengan medic! tapi takde pulak nama course dorang naekkan? alih-alih medic jugak yang dapat nama! 
tolong laa..ni semua untuk pengalaman and persediaan untuk hadapi banyak lagi dugaan akan datang..medic ni tough..kalau dari sekarang kita tak belajar untuk jadi kuat, macam mana nak hadapi kegagalan akan datang? macam mana nak bangkit balik dari kegagalan tu kan? THINK CAREFULLY!


student medic untung lah jarang ada assignment! kalau ada pun, entah setahun sekali je! tak aci!
aahh..memang laa takde assignment..tapi nota yang berlambak-lambak sampai tak sempat diselak tu apa citerr? haaa..nampak je macam hidup senang-lenang kann..takde kerja yang nak kena submit, etc. tapi in fact berapa tan nota nak kena baca..buku pulak kemain tebal kann..nak nak anatomy tu..punya laa banyak nak kena hafal..so, medic tu tough! tapi boleh je nak survive..its like if you love someone, u'r willing to do anything for that person right..sama jugak macam medic! kalau betul-betul minat sangat sayang gilaa kat medic tu, just endure it lah! do whatever it takes to excel! SIMPLE DIMPLE!


kaya laa budak medic! dapat duit jpa beribu-ribu!
hmm..ni lagi satu..perkara ini mungkin berlaku dekat universiti lain..tapi tidak di UM ye..perhatian! yuran aje dah lebih half daripada duit yang jpa bagi..tu belum masuk nak beli buku, fotostat buku and nota..and jalan-jalan! hmm..memang hangus laa..ngam-ngam je sampai hujung sem..tu pun dah kena limit perbelanjaan tu..takut overbudget pulak..so, tak banyak pun yang ada..pandai-pandai lah jimat..


hehe..panjang nye aku membebel..ni tanpa sedar ni! hehe..okay lah..aku pun penat ni..satu hari tak rehat..kelas dari pagi sampai petang..so, till here then! to juniors, satu benda yang aku nak korang taw..seniors bukan jerung nak makan korang..dorang cuma nak tolong korang..wassalam..

25 August 2011

ucapan raya~

assalamualaikum..

hey i know it's too early to wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..but i would love to..hm..bosan sebab aku tak boleh tidur..haihh..kang esok ada yang meliuk-lentok dalam lecture hall kannn..silly you, zaty!

dah nak subuh dah pun..so, checklist sikit apa yang aku nak bawak balek umah..hmm..zaty, jangan lupa withdraw dwet okay! untuk duit raya untuk mereka yang tersayang..aku tahu aku belum kerja lagi nak bagi duit raya ni..but as my mum said, bagi laa dekat atok and nenek tu..dorang kan dah selalu bagi dwet..so, orang berbudi kita berbahasa..so, ada laa sikit duir raya untuk mereka walaupun tak banyak mana..aku bagi yang termampu je..

oh, ya! barang-barang lain pun nak kena bawak balik jugak..baju-baju..laptop..and paling penting mestilah buku-buku and nota-nota kannn..hihi..yelaa..aku bawak je laa balik kann in case aku ada mood pulak nak study time raya..hee..so, SELAMAT HARI RAYA! semoga semua kengkawan yang nak balik rumah esok tu, selamat sampai kat destinasi masing-masing..

wassalam

24 August 2011

penat dengan semuanya!

assalamualaikum wbt..

aku takde pape nak cakap malam ni..as i said, PENAT kannn..so, no celoteh panjang-panjang..just a simple and short note!

aku PENAT dengan kau

aku PENAT dengan dia

aku PENAT dengan mereka

aku PENAT dengan korang

aku PENAT dengan apa-apa yang buat aku penat

aku PENAT nak faham benda yang tak penting untuk difahamkan

aku PENAT nak fikir benda-benda yang tak masuk exam

aku PENAT nak pendam sorang-sorang sebab tu aku cakap kat kau

aku PENAT tengok kau

kesimpulannya, aku PENAT!!!!!!!

kbye!

23 August 2011

RAYA dah nak dekat!

assalamualaikum semuaaaa..

haaa..hari ni dah 23 ramadhan dah! macam mana dengan puasa korang semua? ada ok? hihi..pape pun, aku harap semua dapat menunaikan ibadah puasa tahun ni dengan sempurnanya..tapi excuses ah untuk wanita-wanita ye! memang jarang nak dapat puasa penuh..almaklumlahhh..^^

eh, pejam celik pejam celik kannn..lagi berapa hari je lagi dah nak masuk bulan syawal kan..so, 10 terakhir Ramadhan ni jangan lah kita sia-sia kan..treasure every moment left..cuz Ramadhan will be leaving us soon..wuuuu..

ok, sebut pasal raya kannn..macam mana dengan persiapan raya korang? haaa..mesti ada yang dah siap semua keperluan kannn..hihi..aku? haaaaa..ni laa yang aku nak story-kan nih..overall persiapan aku macam biasa laa..ala kadar je..aku tak banyak pun beli barang untuk aku sendiri..hihi..

aku rasa sekarang ni satu Masjid Jamek tu dah kenal aku kot! ye laaa..sebab boleh dikatakan dalam seminggu tu ada laa 2 kali kot aku menghadap MJ tu..so, rasa-rasanya aku dah boleh ditabalkan sebagai duta MJ! (like what my fren call me..lol!) and Sogo sekali aku redah!

kalau dah sampai sana tu, memang duit tu macam air laa kannn keluar..seronok je aku cucuk-cucuk mesin atm tu kannn..and seronok je aku keluarkan duit yang beratus-ratus tu kannn..nampak je beratus yang keluar..tapi kalau dah keluar tu 5-6 kali tak sampai beribu ke? ishhhh3..

aku rasa aku tak beli pape pun yang baru..unless baju cotton! sekarang aku dah giler dengan kain cotton! so, aku borong kain cotton je kat sana..and nanti boleh mintak mama aku jahitkan baju kurung pahang untuk aku..wee..other than that, i bought t-shirt for my ayah and adiksss (shafiq & lelot), blouse for mama and kain cotton sekali! ahaa..lagi ofcoz laa aku borong shawl-shawl yang ada kat situ..nama pun MJ kann..

eh, bila sebut pasal MJ je kann..aku teringat kat buddy aku..dolu-dolu tyme aku makan-makan ngan buddy, tyme on the way nak balik kolej, ktorang pun borak-borak laa kat belakang..yelaa..sebab buddy-buddy besar dah sibuk berbincang..dye pun tanya aku.."kau selalu shopping kat mana eh?"..and aku pun terus laa jawab MJ! dye pun cakap hairan laa kenapa perempuan sukaa sangat pergi sana..hehe..*my memory..rindu buddy line..hee

eh, dah pukul 1am dah..tapi mata still tak ngantuk..apa kes? mesti tidur overdose sian tadi ni zaty! dush3! anyway, gud nyte! semoga hari esok lagi baik dari yang sebelumnya..^^

17 August 2011

quote of the day~



so, keep believing in your dream people!

16 August 2011

a gift from buddy kecik!

assalamualaikum wbt..

hihi..dah baca kan tajuk entry aku kat atas tu? haaa..mesti korang dah dapat agak kan apa aku nak se-to-ri kan dengan korang..hihi..actually, tadi tetbe teringin nak makan twisted bread dominos and their mushroom soup..so, aku pun ajak laa member-member aku (macam biasa laaa: ipan, keen & mira )


then, tetbe keen cakap nak beli hadiah untuk buddy dye which is kak mira..dari situ laa aku baru terpikir nak bagi jugak hadiah kat abg sudin..eh eh,, sudin je la! gatal pulak kan..hihi..yelaa..this week is the last week they are here..cuz after this, they will be posted to klang for their clinical year..*sad sad sad


yelaaa..kalau pikir-pikir balek, dah banyak kannn pengorbanan dye untuk aku..*cewahhh..yelaa..mau tak banyak dye kena buat untuk aku..nak explain bagai laa..dengan barang-barang buddy yang hilang, so dye banyak fotostat baru..so, sume barang aku baru-baru..wahhh,,terharu den..pastu aku ni pulak selalu je kacau hidup dye dengan soalan-soalan..cian dye..hehe


so, i decided to buy him a t-shirt! takde laa mahal mana and takde aa cantik mana..cuz aku memang tak reti nak beli hadiah untuk guyss! habis aku tawaf satu jusco tu nak cari! last-last i found one! so, either black or white je..sebab aku tengok pun selalu dye pakai baju hitam..kang kalau beli kaler laen, tak pakai pulakk..


so, jum tengok apa yang buddy kecik belikan untuk buddy atas dye!!!!!!!


..1..

...2...

....3....

TADAAAAAAA!!!!



haaaa..nampak tak??? ni la ynag buddy kecik bagi untuk buddy besar!  i don't know whether he will like it or not..and whether this is his taste or not..but i hope that he will like it laa..so, lepas dah beli baju tu, aku pun tawaf lagi jusco tingkat atas pulak nak cari box or paper bag..last-last aku beli box je..senang kann..tak payah nak wrap2..


okayy..lepas tu aku terus lipat baju tu kemas-kemas sampai muat nak masuk box yang kecik tu..hee..walaupun aku lipat tak kemas mana kan, tapi takpe laa..asal boleh muat dalam box tu kira okay letewww..


tadaaa! dah siap pun! senang kan guna box! tak payah nak wrap and guna salotape and gunting and whatsoever! simple and easy! now, hadiah ni dah ready nak di hantar kepada sudin..just wait for the suitable time for us to meet..^^

so, that's the story for "a gift from buddy kecik"..hehe..kenapa aku guna "buddy kecik" and bukan "buddy junior" ke? sebabbbb..buddy line aku panggil aku buddy kecik..means, aku ni kecik laa..HAHA..eh, tak tak..agak nya sebab aku sorang je bunga dalam buddy line tu..so, special case sikit laa..tu laa dapat nama "buddy kecik"..

okayy, that's all! penat laaa..plus hari ni aku asyik sakit perut je..nasib baik laa petang tadi dah okay sikit..

nyte people! wassalamm..

15 August 2011

weekend kat kolej (1)

assalamualaikum semuaaa..

how's your day? great or dull? haha..sekarang aku nak cecter pasal last weekend yang aku spend kat kolej..hmm..since, aku tak boleh nak balik rumah sebab ada event hari ahad tu..so, i guess i wanna start with last saturday first..

but heyy! i know that is already too late..cerita ni dah basi dah pun..i should update it on the same day though..tapi penat plus busy lah yang menghalang aku daripada share my story here..hmm..to be brief, let me give you some picture of what we went through on the last saturday..UM--Hosp Serdang--Berjaya Time Square--Plaza Sungei Wang--UM..

haaa..okey..plan asal memang nak pergi TS dengan Sg Wang je..tapi tetbe my fren, Nas asked me to join him  to visit our fren, Amir yang baru je accident hari tu..hoho..ni memang di luar jangkaan..so, we planned again everything..cuz orang dah ajak kan..lagipun, nak melawat orang sakit, apa salahnya kalau aku pergi..

so, Nas arrived at my college dalam pukul 1 camtu kan..and then ktorang pergi amek Keen n Ipan kat 2nd and then straight pergi Serdang..whoa! jaoh glerr weyy..aku ingat dekat laa kan dalam half an hour cmtu..tp rupa-rupanya macam 2jam aku dalam kete tu..huhu..

sampai sana, sesat pulak kannn..UPM sangat besarrr and sunyi too..giler weyy..kalau aku sumpah aku tak berani nak jalan or drive sorang2 kat situ..*cehh..macam laa aku ley drive an..hihi..pastu aku call Rafael to fetch us at Lebuh Kosas(tempat yg ktorg sesat) tu..oleh sbb lama sangat tunggu pakcik tu, ktorang pun decide utk gamble je laaa cari tempat tu..and after tnye guard kat situ, we managed to find the way..

hihi..kecian Rafael sebab dye tyme tu dah otw nak gi situ..tapi kena patah balik..so, ktorang pun just met at the hospital..then we went to "diagnose" amir..HAHA..actually, sepanjang aku dengan dorang, aku boleh laa solve case..errr..tade laa solve sangat pun kannn..

sume tengah diagnose amir..haha

duduk2 lepas penat diagnose amir..muahahaha

case 1: Nas
dulu dye btaw aku dye cakap dye kena partial gastrectomy..and tym tu aku tak dapat relate langsung kenapa dye kena buang half of his stomach dengan gall stone(batu karang)..so, aku sangat2 frust tak dapat cari sebab dye..but then, dye btaw aku hari tu yang dye nye hempedu (gall bladder) pn kne buang..ok, now aku dah boleh imagine sikit2..then, aku assume yang mesti dye xle makan lemak banyak2..and he said yess! sebab gall bladder ni ada bile that help in lipid absorption..so, solved!

case 2: Amir
dye accident motor..and kaki kena eksos motor..and then tulang dye patah..open fracture (menas tulang patah tu keluar..kita boleh nampak tulang tu terkeluar! scary!) and then kaki dye kena pasang besi..haa..besi tu macam aku pernah tengok..mybe dalam lecture kot..*tade laa solve sangat..tapi baru laa aku ingat open fracture sume yang 1st year dlu blaja..hehe

then, we asked Nas to send us to Sg Wang actually..tapi dye tatau jalan..so, dye cuma lay anta sampai LRT je..so, naek laa LRT nad pergi TS..sampai2 je TS, ktorang pergi cari tempat untuk berbuka..so, we decided to go to Papa Johns..we reserved the front table but at the end, we stucked at the table near the kitchen! memang tak bagus betul lah sistem dye nih! ktorang dah reserve before pukul 5 kot..and dah order and da bayar sekali! tapi see what we got? food dah laa lambat and dah sejuk..padahal dah order lama dah..they should know when is the best tyme to make our order..sheeshhhh! dah laa penat shopping an..heshhh

whoaaa! ni laa dye dah masuk berbuka baru laa food aku sampai..dah laa order lain, dapat lain..ishh

lepas penat shopping..hee..tapi ipan still xpenat ag..wonder why..haha
trio princesses!

pastu pergi Sg Wang..and sambung shopping kat sana..tap kat sana lagi mahal laa daripada TS..wohoo..nasib baik dah shopping awal-awal tadi..hehe..then, balik ke kolej..penatttt..tapi besttt...cuz dah lama ktorang tak spend masa sama-sama..so, it was great! though sangat penat..hee..

hmm..tu je laa pasal sabtu hari tu..

wassalam..

11 August 2011

silly ME!!

assalamualaikum

hari ni hari nanges aku kot..dari pagi tadi air mata meleleh..i dont know why..huhu..and aku tatau nak cari sape tyme tu..aku tatau nak text sape n call sape..last2, tengah hari tadi, after aku abes sesi tazkirah, i called my fren..tapi baru cakap sikit, aku dah nak melelehhh..aku terus cakap dengan dye aku call balik nanti..

ye laaa..takkan aku nak nanges dekat tengah2 jalan lak kan..so, aku tahan je laa air mata tu..try to calm down myself..pastu kat bilik aku call balik member aku..it was even worse..i just managed to say 'HELLO'..and after that i was in silence..sebab tak boleh nak cakap pape..cz masa tu, laju giler air mata ni keluar..

WHAT'S WRONG WITH ME????

HELLLLLLLL!!

time presentation pun tadi macam nak nanges tadi..apa ni zaty?????
then, time english class tadi, my fren texted me..itu pun aku nak nanges jugak..sekarang pun aku tengah update blog dalam keadaan banjir..

dah laaa..makin aku type, makin laju air mata ni keluar..macam tanak berhenti pulak..huhu..

wassalam..

04 August 2011

hari ke-four!

assalamualaikum..

hari ke-four? saja gedik-gedik guna english..sempena ketidakhadiran aku ke english class yang sangat-sangat best giler-giler tahap gaban! huh! penat aku describe ke-best-an english class tu..so, korang mesti paham kan..LMAO! anyway, aku just nak bagitaw hari ni ialah hari ke-empat dalam seminggu..and lebih simple-dimple lagi, hari khamis! haa? tak paham malays ke? okay-okay..thursday!

apa dah aku buat ye sepanjang minggu ni? hm..biasalah kot..student's life! so, agak-agak nya aku buat apa? MESTI lah study kan..hihi..eh eh, apart from that, aku ada pergi jenjalan and berbuka puasa dekat luar with my fren : ipan, keen, mira meslira & syed the driver!  *i wanna upload our picture semalam..tapi malangnye, dekat camera meslira! :(


and the best part is satu DPHS pun aku tak datang! LOL! bagus tak aku? haha..aku bukan tanak datang..tapi kalau aku datang pun memang kompom 101% aku akan tidur punya! DPHS tu macam subjek pendidikan sivik and moral etc..err..tu bagi aku laaa kan..budak-budak medik laen, jangan ikot jejak langkah aku eh! especially budak first year! haha..tapi datang waktu practical DPHS laa..tu penting..time tu laa boleh catch up apa yang dorang dok ajar in a week thru answering questions..it's better kan..at least paham laa..


and pagi tadi aku pergi lecture pathology je..hmm..dah laa dye cakap kemaen laju giler kan..rasa macam machine gun pulak yang sedap je lontarkan peluru kat semua orang yang tak bersalah! haha..ktorang lah tu yang tak bersalahnya! hiduo-hidup kena tembak dengan dye..hihi..and after that, aku and mira meslira terpaksa rushing-rushing pergi setelkan flyers untuk pertandingan sempena program Ihya' Ramadhan..


actually, ktorang terpaksa buat flyers baru sebab flyers given by edin (our boss) tak berapa nak clear! so, malam tadi almost 3am baru dapat tido sebab nak setel kan flyers tu..unfortunately, ada prob semalam and feel like arghhhhhhhhhhhhh time tu sebab print tak ikot citarasa ktorang..salahkan printer tu! lol!

then, we decided to print, photostat and cut it at our library..so, after lecture tu, ktorang pergi laa library..but then, member aku bagitaw yang library tade printer..so, we went to MD Lab 1..time-time ni laa kan nak wat maintenance laa apa laa..last-last pergi balik kolej and print kat bilik member..lepas dah print pergi library fac balik untuk photostat..time tu tinggal aku sensorang je..sebab mira meslira nak balik rumah..

so, pity me! penat ulang-alik kolej dengan fac lagi-lagi bulan puasa ni kan..and then, unfortunately lagi sekali! dekat library tade cutter! aku pun cakap lah dekat akak tu takpe lah biar aku cut sendiri! dye pun bagi laa aku pisau, pembaris and chopping board! aku pun buat laa dengan terkial-kialnya..senget-benget lagi..agaknya akak tu kesian tengok aku kot..so, dye pun cakap laa biar dye buat..alhamdulillah..nasib baik akak tu baik..^^

ni laa dye senjata-senjata yang aku guna untuk cut flyers kat sebelah tu!


lepas tu aku pun rushing pergi kat our lecture hall..sebab nak pass flyers tu kat edin the boss..hehe..time tu ada lecture DPHS..and aku tak pergi sebab nak setel menda tu..takut tak sempat..haha..penat-penat..aku jalan pun dah macam ribut..tak main dah nak toleh kiri kanan..main redah je jalan..janji sampai flyers tu kat edin! *sophisticated sangat lah kau ni zaty!

lepas dah bagi tu, baru laa aku balik ke kolej..whoaa! berapa ribu kilometer dah laa agaknya aku dah jalan kan..mesti aku dah kurus ni! hihi..and balik bilik je, aku terus angkut baju ke washing machine untuk dibasuh! and now aku tengah ngadap lappy untuk update blog..hehe..

after zohor ni aku nak balik umah! homesick lah..rindu bau sahur and berbuka kat umah! bau kat umah tak sama dengan bau kolej..hee..so, aku akan balik sendiri naik komuter..wahh, tak sabar nak berbuka kat umah! home sweet home! bubye english class! bubye Miss Lim! bubye Lab 7! and bubye KK6! bubye G38! bubye bantal kuning!

counting the minutes..

wassalam..







29 July 2011

oh kembarku!

assalamualaikum wbt..

SITUASI........


Eh, muka awak ni macam muka artis korea la..


hi, yoo hee!


muka kau kan sejibik dengan pelakon drama super rookie! serious!


haha..sorry..maybe nampak macam perasan and bajet comel gitu, but I AM NOT! sebab bukan aku yang cakap semua tu..orang yang cakap dekat aku..haha..aku pun taktau tang mana yang sama..so, meh korang ce tengok apa yang sama..


name dye Han Ga In..haaa..same ke tak? haha..


aku taktau apa yang sama..yang aku nampak cuma mole kat hidung dye je sama ngan aku..haha


haa..ce tengok lagi..same tak??


haaa..ni daripada cter witch yoo hee..haa,,nampak tak persamaan? haha

haaa..dah tengok dah muka my so-called-twin? so, what do u think? sama ke? haa..macam yang aku cakap kat atas tu, aku cuma nampak mole tu je yang sama..yang lain, aku taktau laa..haha..one day, waktu solat jemaah kat surau second, tyme salam-salam ngan kawan-kawan, tetbe one of my fren panggil i yoo hee..mula-mula tu aku cam tak paham and taktau sape yoo hee tu sampai laa aku tengok drama tu..hehe

and bila aku google-google, aku tengok Han Ga In in ade berlakon dalam super rookie! so, automatic kenangan waktu dekat maktab dulu berlayar balik..tyme tengah main badminton ngan member aku, dye cakap muka aku macam pelakon cter super rookie..tapi masa tu mana lah aku layan korea kan..so, aku cakap laa mana sama..haha..

and baru-baru ni (takde la baru sangat..tyme term break ary tu la), ayah aku beli sinar harian..and kat situ ada satu ruangan pasal K-POP..tetbe aku ternampak muka kembar aku nih! tak sangka pulak dye dalam top 5 most beautiful korean actress according to that newspaper..lol!

pastu, aku tunjuklah kat mama aku..pastu, mama aku pun apa lagi..mesti lah dye gelak sakan kann..siap kata kalau nak sama lagi, pergi putihkan muka..ni tak, asyik berjemur je..haha..pastu aku pun jawab laa balik, yelaa ma..ni yoo hee malay version nye..memang la burn sikit..hua3..

takpe lah..tak kesah la sama ke tak..yang penting zaty tetap zaty..and zaty bukan yoo hee and vice versa..haha..dah lewat malam dah ni..selamat malam semua..wassalam..





28 July 2011

RAMADHAN is just around the corner!

assalamualaikum..

haaa..sekarang aku nak korang semua baca ayat-ayat kat bawah ni and perlahan-perlahan cuba masukkan dalam jiwa korang..


Assalamualaikum wbt.

Selamat datang dalam penerbangan RAMADHAN AIR, Dgn tujuan Bandaraya International IDUL FITRI, dengan nombor penerbangan 1432H.Tidak lama lagi kita akan mnempuh penerbangan yg hanya memakan wktu 3 HAR Ilagi & akan memasuki wilayah PUASA.Mhn Tegakkn kursi IMAN srta sandarn TAQWA, Bila tjadi goncangn dlm prjalanan sgera pasang thabat DZIKIR, TAHAJUD & SEDEKAH JARIAH.Pilot anda; AL-ISLAM, bsama co-pilot 1; ALQURANUL KARIM& co-pilot 2; AL-HADIST, dtemani ; RAHMAH&MAGFIRAH TO JANNAHKami brharap dpt mnerbangkn anda kmbali mnuju Negara JANNATUN NAIM,TAQABALLAHU MINNA WA MINKUM


haaa..okey, selamat menerbangkan diri kawan-kawan..hehe..actually, ayat-ayat atas ni aku ambil dari page PSIPUM..the page for muslim medical students of UM..and i kinda attracted to that words..menarik tak? bagi aku laa..i don't know about others but i hope it is interesting..


rasa macam tak percaya je yang minggu depan dah nak start puasa kan? lagi-lagi kalau orang yang berada di perantauan macam aku ni! haha..ni dikira perantauan la sebab tak dapat berpuasa bersama family for the whole ramadhan! lol!


hm..aku rasa sampai sini je laa..aku pun baru balik dari english class yang boring tu..dah laa staright 3 jam! naek kematu badan-badan aku semua..heshh..nak online pun wifi tak dapat dalam lab tu! plus jpa yang selalu mempermainkan perasaan ktorang! eh, salah! tu semua salah UM! sebab bagi salah list name! %$*&%(&^$$#$*&(%$#@


chow cin cau! wassalam..

26 July 2011

cincin belah rotan!

assalamualaikum readers!

hah! CINCIN BELAH ROTAN? haaa..apa tu? aku rasa mesti ramai dah taw kot kan..(nampak sangat aku sorang je yang baru taw..oldfashioned betoi hang nih!)..tadi kann, sedang aku asyik bermain bersama stool aka faeces aka najis atau lebih rojak dan direct, taik! tiba-tiba perkataan "cincin belah rotan" seakan-akan berlegar-legar dalam fikiran aku..

berlegar-legar? WOWWW!


Eh, takde laa berlegar-legar sangat..sebab time tu tengah fokus kan buat experiment on stool for the second time..sebab bau nye alahaiiii..korang paham-paham sendiri lah eh! worse than last week nye stool! LOL! walau dalam jarak 1meter, dah boleh bau..(err..1meter? jauh nyee..hehe..aku agak-agak je tu..tapi memang kali ni bau dye masyukkkkk)..

cincin belah rotannnnn...


cincin belah rotan!


cincin belah rotan?


rotan belah cincin???


haa..lebey kurang cenggini lah benda tu duk berguling-guling dalam otak aku..haha..masa dolu-dolu aku ingat kan cincin belah rotan ni ialah cincin yang diperbuat daripada rotan! ini seriousss! korang taw tak kerusi yang diperbuat oleh rotan tu? hah! macam tu laa yang aku imagine dolu-dolu..cincin daripada rotan!

haha..yela..selalu duk tengok drama-drama melayu kat tv kan, kalau ada scene nak merisik ke hape ke, mesti nak bawak cincin belah rotan laa hape laa..sampai aku pernah fikir dulu, kalau dorang bagi aku cincin rotan tu, tak nak ah aku kahwin dengan dye! kalau nak, cincin emass satu! *mental budak-budak macam ni la..LOL!

TAPI..............................


ternyata apa yang aku fikir dolu-dolu tu salah belaka! dush dush dush..*jatuh tergolek-golek..rupa-rupanya cincin belah rotan tu bukan lah cincin yang diperbuat daripada rotan! PLEASE TAKE NOTE OKAY! tapi cincin biasa je laa pun..ha, takde lah buruk sangat macam yang aku fikir dolu-dolu..

so, now i wanna ssay, "yesss! setujuuuuu!!" terus setuju! dah tak main dah tengok-tengok cincin belah rotan tu macam mana..cuz now i already know..hihi..*gatal nye alahaiii..haha..tadi kan when i was thinking about this cincin, i google the image of cincin belah rotan..and aku jumpa banyak yang cantik-cantik..^^

wahhh! cantek nye..simple je an..tapi cantek!


aiiii..rupe cincin ni dah macam rupa cincin yang mama aku bagi je kat aku..haha! cantekk! ni lagi cantekkkk!

ni pun cantek jugak..but i like the second picture more..hehe..^^
haaaa..jauh kan minda aku terbang tadi! ni mesti dye terbang pergi habib jewel ni, tak pun poh kong, ataupun golden hearts sebab tu laa tetbe aku terfikir pasal cincin yang dibelah oleh rotan ni..hihi..

oh, ya! since aku dah start sem baru, and tahun baru, maybe aku akan sedikit busy dengan kelas-kelas yang ada..so, maybe i will rarely update my blog..rare-lah kot! haha..salah-salah! ke-update-an blog aku depends on my mind, my mood and everything of mine..haha..

wassalammm..


24 July 2011

s.t.o.m.a.c.h.a.c.h.e

assalamualaikum wbt..

hmm..my last friday and this weekend dipenuhi dengan sakit peut..ouch! sakit! tapi paling sakit tyme hari jumaat hari tu laa..wonder why..kalau ikutkan kesakitan keperutan aku tyme tu, aku dah nak skip dah practical DPHS tu..sebab aku pikir-pikir balek, DPHS je pun..kalau aku datang mesti aku ignore je lecturer tu..haha..



tyme duduk dekat library kejap before pergi lab tu, memang bertambah sakit..sampai aku tak boleh berdiri..so, my friend asked me to mencangkung..haha..better than tyme berdiri laa..tapi still sakit..if guys taw, mesti dorang akan anggap ni period pain..LOL..

bila dah balik rumah pun, same thing goes to me..huhu..sakit jugak..aku pun tatau laa nak buat apa lagi..huhu..until my mum said, pergi laa hospital tu..kan dekat je dengan kolej..and mama asyik urut-urut badan aku je..so that angin tu keluar..pastu lega laa..

tapi tak lama pastu, dye sakit balik..haha..risau jugak kalau pergi hospital nanti dorang diagnose macam-macam..takut kannn..hmm..abdominal pain..macam-macam penyakit ley jadi kalau ada abdominal pain symptom ni..boleh jadi pasal stomach, colon, small intestine, appendix, etc..

entah laaa..pape pun, song for my sleep tonight will be TONG HUA..enjoy it!
wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...