21 March 2011

ada yang tak suka..

assalamualaikum wbt..


bila kita cuba nak buat baik,,ada yang tak suka..
bila kita nak buat sesuatu perubahan,,ada yang tak suka..
bila kita nak ajak orang buat kebaikan,,ada yang tak suka..
bila kita cerita pasal bendabenda baik,,ada yang tak suka..
bila kita nak tarbiahkan orang,,ada yang tak suka..
bila kita asyik study,,ada orang yang tak suka..
bila kita tengah gembira,,ada yang tak suka..
bila kita berjaya,,ada yang tak suka..

TAPI................
tahu tak kenapa bila kita nak buat semua tu,,ada yang tak suka??
tepuk dada tanya selera lah weh..
kalau KFC, KFC laa..kalau McD, McD laa..
senang cerita, nak ajak orang buat kebakan, bukan dengan cara yang kasar..
secara fitrahnya,,manusia ni bukan lah sekasar mana and selembut mana..
dalam kasarkasar dia, ada lembutnya..dalam lembutlembut dia, ada kasarnya..
nak berdakwah bukan senang..lagilagi kalau orang tu tak cukup tinggi kesabarannya..
yela..nak layan semua kerenah orang kan..
nak kena explain semua one by one kat orang..
macam salesman yang buat direct selling tu..
nak jual sesuatu barang bukan senang..
nak yakinkan orang yang produk yang kita jual tu berkualiti..
kita kena guna banyak cara untuk yakinkan dorang..
kalau guna satu cara je,peluang produk tu untuk dijual,,kompom TIPIS!



haaa..macam mana pulak kalau salesman yang paksa orang beli produk dia?
wahhhhhhhh..lagi tak patut kan?? HAHA..
memang kompom laaa orang takkan beli dekat dia..
haihh..manusia memang tak suka dipaksa kan..
kalau nak suruh dia beli sekalipun,bukan paksa caranya..
boleh jee guna cara halussss..
heyppp..tapi bukan halus yang tang tok moh tu ye..
guna laaa bahasa yang baik and sopan and paling penting tak annoying!

nak ajak orang ikut cara kita (good way)..
kena la guna bahasa yang elokelok..
kalau dekat mulut tu asyik terkeluar ayat yang annoying gila nak mati tu,,jangan haraplah orang akan follow kau..lagi orang bangakang kau ada laa..
so,,MIND YOUR WORD dear..
hati orang kita tak nampak..walaupun nampak kat luar macam tak kesah..
dalam hati entahentah dah berasap-asap daa..HAHA..
and kalau orang tu insist tamau buat apa yang kita ajar tu,,jangan lah pulak asyik nak perliperli dia aje..haihhh..silap haribulan,,mau wujud perang dunia ketiga..
yang kawan pun boleh jadi musuh taw!
so,,elakkan laa..

aku ni bukan lah pendakwah bebas ea..walaupun cakap kat atas tu macam hebat sangat kan..
tapi ilmu di dada ni masih banyak yang perlu diisi..
*joking meh..
jangan salahkan orang kalau tak mahu ikut cakap anda..tapi cerminlah diri kita dulu sebelum nak suruh orang ikut cakap kita..
*peringatan untuk diri sendiri jua..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...